Bantah RUU355: G25 takut dengan agama sendiri

BANGI, 8 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Usaha G25 yang merayu agar Ahli Parlimen tidak menyokong atau membatalkan RUU355 yang akan dibahas di Dewan Rakyat boleh dianggap sebagai tindakan cetek.

Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, mereka sebenarnya takut dengan syariat Allah.

“Mereka takut pada agama sendiri kerana lihat Islam menurut kacamata barat,” katanya ringkas kepada Ismaweb hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas surat yang disiarkan sebuah portal liberal, menyatakan G25 merayu Ahli Parlimen supaya tidak menyokong RUU355.

Kumpulan itu kononnya bimbang langkah meninggikan taraf Mahkamah Syariah akan mencelarukan penguatkuasaan undang-undang.

“Hasrat untuk menjadikan mahkamah syariah setaraf dengan mahkamah sivil amat membimbangkan dan pasti mengejutkan masyarakat berbilang kaum akan apa lagi akan terjadi selanjutnya kepada sistem perundangan negara.

“Sistem penghakiman sekular yang selari dengan sistem syariah bukan saja melanggar Perlembagaan, bahkan pasti timbul kecelaruan dalam penguatkuasaan undang-undang dan perintah-perintah tetap,” kata mereka.

The post Bantah RUU355: G25 takut dengan agama sendiri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2n0oIRu .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment