5 sebab Sidang Meja Bulat Perkasa tolak Rukun Negara jadi mukadimah Perlembagaan

Oleh Athirah Huda Zalhe

KUALA LUMPUR, 6 Jamadilakhir 1438H, Ahad – Sidang Meja Bulat anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebulat suara menolak cadangan sekumpulan individu untuk menjadikan Rukun Negara sebagai Mukadimah Perlembagaan Malaysia.

Persidangan dihadiri oleh lebih 30 tokoh terdiri daripada kumpulan profesional perundangan dan pengamal undang-undang, termasuk ahli akademik dalam bidang perundangan mengambil bahagian, membincangkan dan berhujah dengan terperinci terhadap isu cadangan tersebut.

Resolusi itu akan diperhalusi dengan lebih terperinci sebelum ia diserahkan ke pejabat Yang di-Pertuan Agong; Majlis Raja-Raja Melayu; Kabinet; Parlimen; dan masyarakat.

Resolusi dibacakan oleh Ahli Dewan Tertinggi Perkara, Azmi Rais yang menggariskan lima sebab penolakan terhadap cadangan itu, iaitu:

1) Sejarah dan asas penggubalan Perlembagaan Persekutuan adalah sangat berbeza dengan sejarah dan asas kewujudan Rukun Negara. Perlembagaan Persekutuan adalah untuk tujuan kemerdekaan dan kedaulatan negara, manakala Rukun Negara bertujuan menangani masalah perpaduan 13 Mei 1969;

2) Sekiranya Rukun Negara dijadikan mukadimah Perlembagaan Negara, ianya akan menimbulkan pentafsiran-pentafsiran baru yang akan menjejaskan hak-hak istimewa orang Melayu di bawah Artikel 153 Perlembagaan dan juga kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di bawah Artikel 3 dan 11 Perlembagaan;

3) Sekiranya Rukun Negara dijadikan mukadimah Perlembagaan Negara, ianya mungkin dianggap sebagai kepala atau pemandu kepada Perlembagaan Negara, yang akhirnya akan mengatasi kandungan-kandungan substantif Perlembagaan, serta mengikut pihak mahkamah dalam pentafsiran undang-undang;

4) Sekiranya Rukun Negara dijadikan mukadimah Perlembagaan Negara, ianya akan mendatangkan elemen-elemen baru yang mengelirukan atau tidak jelas di dalam pentafsiran undang-undang, berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang sebenarnya bersifat am serta diasaskan asalnya bagi tujuan politik; dan

5) Faktor-faktor yang menyebabkan penggubalan Perlembagaan Negara juga tidak sama dengan faktor-faktor yang menyebabkan Rukun Negara diperkenalkan, contohnya seperti federalisme dan kuasa raja-raja. Asas kandungan Perlembagaan sudah lengkap dan tidak perlu dipinda lagi.

Bagaimanapun, anggota persidangan menganggap bahawa Rukun Negara sewajarnya diperkasa dan dibudayakan demi perpaduan kaum dan kesejahteraan menerusi langkah-langkah berikut:

1) Pembelajaran awal dan penghayatan Perlembagaan dan Rukun Negara seharusnya diterapkan ke dalam sistem pendidikan negara;

2) Rancangan-rancangan Malaysia, dasar-dasar dan program-program kerajaan yang dijalankan seharusnya berpaksikan prinsip-prinsip Rukun Negara; dan

3) Perpaduan Negara sebenarnya boleh dicapai dengan mengadakan sistem pendidikan satu aliran dan menyeluruh ke atas semua rakyat Malaysia, yang memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan.

The post 5 sebab Sidang Meja Bulat Perkasa tolak Rukun Negara jadi mukadimah Perlembagaan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mp9S9r .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment