40 kematian dilaporkan akibat denggi sehingga Februari

KUALA LUMPUR, 6 Jamadilakhir 1438H, Ahad – Sebanyak 40 kes kematian akibat demam denggi dilaporkan sehingga 25 Februari tahun ini, berbanding 54 kematian bagi tempoh sama pada 2016, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes dari Januari hingga 25 Februari pula adalah 14,513, berbanding 25,403 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

“Pemantauan lokaliti wabak demam denggi menunjukkan terdapat 678 lokaliti wabak yang masih aktif dan 94 lokaliti hotspot semasa, melibatkan lima negeri iaitu di Selangor (69 lokaliti), Perak (15 lokaliti), Kuala Lumpur dan Putrajaya (empat lokaliti) dan masing-masing tiga lokaliti di Johor dan Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, orang ramai yang berada di kawasan berwabak digalak menggunakan semburan aerosol, selain memberi kerjasama kepada anggota kesihatan untuk menjalankan semburan kabut untuk membasmi Aedes.

Dalam kenyataan sama beliau berkata terdapat 50 kes positif Chikungunya dilaporkan antara 15 Februari hingga 2 Mac iaitu 36 kes di Baling, Kedah dan 14 kes di Gombak, Selangor.

Katanya, simptom Chikungunya adalah demam, ruam pada kaki, tangan dan badan, sakit badan atau sendi, sakit kepala dan jangkitan conjunktiva.

Bagi kes Zika pula, Dr Noor Hisham berkata, pemantauan sistem survelan virus berkenaan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari 1 Jan hingga 25 Februari mendapati keputusan ujian ke atas 235 sampel darah dan air kencing adalah negatif.

“Memandangkan transmisi jangkitan denggi, chikungunya dan zika adalah melalui vektor yang sama iaitu nyamuk Aedes, KKM menyeru masyarakat meningkatkan langkah pencegahan.

“Mereka perlu sentiasa membersihkan kawasan kediaman, premis serta tempat pembiakan Aedes,” katanya sambil menasihatkan orang ramai mendapatkan rawatan jika mempunyai gejala seperti ruam dan sakit sendi. – Bernama

The post 40 kematian dilaporkan akibat denggi sehingga Februari appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mSup3U .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment