BANGI, 18 Jamadilawal 1438H, Rabu – Seramai 844 pelajar miskin dari kalangan keluarga berpendapatan rendah menerima bantuan persekolahan berjumlah RM168,000 daripada pertubuhan Yayasan Ikhlas dengan kerjasama beberapa badan korporat dan NGO lain.
Bermula 17 Disember lalu, bantuan itu disalurkan ke tujuh buah negeri iaitu Kedah, Perak, Kelantan, Johor, Pantai Dalam, Sabah dan Sarawak, yang berakhir pada 22 Januari baru-baru ini.
Pegawai Tugas-Tugas Khas, Syafiq Syahmi Sazali berkata, seramai 165 pelajar miskin di Kedah, 135 pelajar di Pantai Dalam, 150 di Kelantan, 125 di Perak, 185 di Sarawak, 50 di Sabah dan 34 pelajar miskin di Johor menerima bantuan tersebut.
“Tumpuan diberikan kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bawah RM 1500.00 mengikut panduan yang dikeluarkan oleh Bahagian Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, ICU JPM.
“Setiap pelajar menerima sumbangan dalam bentuk wang tunai dan barangan persekolahan seperti beg sekolah, alat tulis, buku serta al-Quran,” katanya dalam satu kenyataan.
Antara badan korporat dan NGO yang turut sama menjayakan bantuan persekolahan ini ialah Etiqa Takaful Berhad, Affin Islamic Bank, Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) dan Yayasan Nur Karangkraf.
The post Yayasan Ikhlas, NGO beri sumbangan RM168,000 kepada pelajar miskin appeared first on Portal Islam dan Melayu.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2l6LFlG .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment