Dubai dilaporkan akan menjadi negara pertama yang bakal menggunakan Drone sebagai teksi udara bermula musim panas ini. lapor The Telegraph.
Ketua agensi pengangkutan Dubai berkata bahawa teksi terbang ini akan mula mengambil orang di seluruh bandar di negara berkenaan bermula Julai ini.
Teksi udara berkenaan akan menggunakan Ehang 184 yang merupakan drone udara terbang yang boleh membawa seorang penumpang dan beg mereka di mana ia boleh terbang sehingga 23 minit.
“Kita sudah melakukan ujian terhadap model ini dan ianya sesuai untuk di gunakan di Dubai sebagai kenderaan pengangkutan,” kata Mattar al-Tayer, ketua agensi pengangkutan di Dubai.
Dubai bukanlah negara pertama yang menunjukkan minat untuk menggunakan Ehang di mana Amerika Syarikat juga pernah bercadang untuk menggunakan Ehang di Las Vegas untuk kegunaan awam namun belum diadakan sebarang ujian di negara berkenaan.
Ehang adalah sebuah Drone berkuasa elektrik dan boleh melakukan perjalanan selama kira-kira 31 batu dengan seseorang dan beg yang berat sehingga 100kg. Ia boleh pergi pada kelajuan sehingga 63 batu sejam dan mengambil masa dua jam untuk mengecas penuh.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lNIVge .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment