HTC Malaysia akan mengadakan sebuah acara khusus esok untuk pelancaran siri telefon pintar HTC U untuk pasaran Malaysia. Kini, seperti biasa, sehari awal info awal hadir tertiris daripada Zinggadget, mengatakan HTC U Ultra mungkin berharga sekitar RM2999 untuk pasaran tempatan.
HTC U Ultra hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci menggunakan paparan 2K,cip pemprosesan Snapdragon 821, memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB. Ia turut hadir dengan kamera belakang 12-megapixel dan kamera hadapan 16-megapixel.
Peranti ini menggunakan sistem operasi Android 7.0 Nougat, dan turut menggunakan antaramuka HTC Sense. Pihak HTC turut menggunakan integrasi kecerdasan buatan dalam memudahkan peranti memahami pengguna dan mengoptimasikannya berdasarkan kepada penggunaan mereka.
HTC U Ultra juga turut hadir dengan sokongan skrin kedua di hadapan yang memaparkan notifikasi dan sebagainya pada skrin kecil berkenaan.
Kita akan dapat ketahui secara rasmi harga jualan peranti ini esok, dan mungkin kita turut akan mendengar mengenai HTC U Play esok.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lgqFeu .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment