UAE bakal bina bandar pertama di Marikh menjelang 2117


DUBAI, 18 Jamailawal 1438H, Rabu – Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan membina bandar pertama di Marikh sebagai sebahagian daripada projek Mars 2117 dengan kerjasama organisasi antarabangsa dan institusi saintifik.

Projek Mars 2117 diumumkan oleh Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, Shaikh Mohammad Rashid Al Maktoum dan Putera Mahkota Abu Dhabi serta Timbalan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera UAE, Shaikh Mohammad Bin Zayed Al Nahyan.

Pengumuman itu dibuat di luar acara Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia di hadapan 138 wakil kerajaan, enam organisasi antarabangsa utama, serta syarikat teknologi antarabangsa terkemuka.

Sebagai sebahagian daripada program nasional 100 tahun, UAE akan menetapkan rancangan untuk mempersiapkan individu yang boleh mencapai kejayaan kecemerlangan saintifik bagi memudahkan pengangkutan manusia ke planet merah itu beberapa dekad yang akan datang.

Pelan 100 tahun itu akan melibatkan program penyelidikan saintifik bagi memupuk individu negara, khusus dalam bidang sains angkasa di universiti-universiti di UAE. Ia juga akan mengukuhkan semangat dan minat dalam bidang angkasa bagi generasi muda.

Projek baru itu dikaitkan dengan tema penyelidikan yang menampilkan penerokaan cara pengangkutan, tenaga dan makanan di Marikh. Ia juga akan cuba mencari kaedah pengangkutan yang lebih cepat untuk perjalanan dua arah ke Marikh.

“Pendaratan manusia di planet lain telah lama menjadi impian. Matlamat kami adalah supaya UAE akan menerajui usaha antarabangsa untuk membuat impian ini menjadi kenyataan, ” kata Shaikh Mohammad Rashid.

Beliau menekankan bahawa projek itu mengutamakan pembinaan kapasiti saintifik Emiratis, dan mengubah universitinya ke arah pusat penyelidikan, yang membantu mengukuhkan lagi semangat kepimpinan generasi akan datang.

“Cita-cita manusia tidak mempunyai had, dan orang yang memandang ke dalam pencapaian saintifik pada abad ini percaya bahawa kebolehan manusia boleh merealisasikan impian manusia yang paling penting.

“Projek baru ini akan menjadi benih yang kita tanam hari ini, dan kita mengharapkan generasi akan datang untuk meraih buah-buahan,” kata Shaikh Mohammad Bin Rashid.

“Inisiatif Marikh 2117 ini adalah projek jangka panjang, yang pertama akan membantu membangunkan pendidikan, universiti dan pusat penyelidikan yang akan menmbantu belia Emiratis menerokai semua disiplin bidang penyelidikan saintifik,” kata Shaikh Mohammad Zayed

Pada pengumuman itu, pasukan jurutera UAE bersama-sama dengan sekumpulan saintis dan penyelidik, telah menetapkan konsep untuk bandar manusia pertama di Marikh yang akan dibina oleh robot.

Pelan dipamerkan ketika sidang kemuncak itu menekankan jangkaan gaya hidup di Marikh dari segi pengangkutan, pengeluaran kuasa dan menyediakan makanan, serta kerja-kerja infrastruktur dan bahan yang digunakan untuk pembinaan bandar.

Pada 2015, UAE mengumumkan misi Mars Probe, akan menghantar kapal angkasa pertama Arab ke planet merah dalam misi penerokaan saintifik yang akan mendarat di planet pada 2021. – Agensi

The post UAE bakal bina bandar pertama di Marikh menjelang 2117 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2kRcmw1 .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment