KUALA LUMPUR, 24 Jamadilawal 1438H, Selasa – Sebarang tohmahan bahawa Malaysia bersekongkol dengan mana-mana negara asing berhubung kes kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, Isnin lalu adalah penghinaan yang amat besar terhadap Malaysia.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata demikian dalam kenyataan jawapan malam tadi kepada Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol yang mengedarkan kenyataan akhbar hari ini mengandungi beberapa tuduhan terhadap siasatan kematian Kim Jong-nam.
“Tuduhan tersebut bersandarkan khayalan dan pembohongan telah menjadi asas kepada kesimpulan duta tersebut bahawa ‘penyiasatan tersebut didalangi oleh pihak yang berada di sebalik tabir’ dan ‘penyiasatan yang dikendalikan bukan bertujuan untuk mendapat tahu punca kematian dan untuk mencari suspek, tetapi bermotifkan politik’.
“Apabila Duta Besar Korea Utara dipanggil oleh Kementerian Luar, Timbalan Ketua Setiausaha bagi Hal Ehwal Dua Hala telah menekankan bahawa penyiasatan tersebut telah dijalankan tanpa memihak kepada sesiapa serta dijalankan mengikut undang-undang negara ini,” katanya.
Beliau berkata, siasatan polis adalah berdasarkan semua petunjuk yang ada dan akan disiasat sepenuhnya.
Menurut Anifah pihak kedutaan Korea Utara hendaklah memberi kerjasama penuh kepada kerajaan Malaysia bagi memastikan siasatan dijalankan dengan rapi dan bukan menimbulkan syak wasangka terhadap siasatan tersebut.
Isnin lepas, Jong-nam dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.
Jong-nam, yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. – Bernama
The post Tuduhan Malaysia bersekongkol kes bunuh Jong-Nam penghinaan besar appeared first on Portal Islam dan Melayu.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2kSrVjX .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment