Tak Nak Kahwin, Wanita Telan 7 Berus Gigi Tanda Protes

Doktor telah membuang tujuh batang berus gigi dari badan seorang wanita setelah dia menelan kesemua objek itu bagi membantah tindakan ibu bapa yang memaksanya untuk berkahwin.
Doktor di hospital di China membuang kesemua benda asing itu setelah wanita berkenaan mengadu berasa sakit di bahagian perut.
Staf di hospital berkenaan terkejut apabila mendapati hasil imbasan mendapati alat pembersih gigi itu tersangkut di bahagian ususnya.
Dia kemudian dikejarkan ke unit kecemasan dan menjalani pembedahan yang memakan masa enam jam. Pembedahan itu memakan masa yang lama disebabkan dua dari berus gigi tersebut sudah menusuk hatinya.
Tindakan berbahaya wanita berkenan bermula apabila ibu bapanya mulai gusar jika anaknya itu tidak dapat berkahwin dan menjadi andartu di usia 31 tahun.
Ibu bapa wanita dari bandar Ningde, Fujian itu kemudian memaksa anaknya menghadiri satu ‘blind date’ dan memperkenalkannya kepada seorang lelaki yang dipercayai boleh menjadi suami yang baik untuknya.
Bagaimanapun, wanita berkenaan tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.
Wanita itu mula mengalami masalah mental apabila selalu bergaduh dengan ibunya sehinggakan dia mula memakan objek-objek aneh seperti butang baju, rambut dan getah sejak enam bulan lalu.
Namun, baru-baru ini dia mula memakan berus gigi.
Proses pembedahan sedikit terganggu apabila dua dari berus gigi sudah mencucuk hatinya manakala empat ditemui di usus kecil dan tiga lagi sudah memasuki bahagian usus besar.
Menurut Mirror, satu per tiga dari usus kecil  dan 20cm dari usus besar wanita itu terpaksa dibuang.-rilekslah

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2l9zFS9 .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment