Resepi Fudge Brownies Cepat Dan Mudah

Ada yang gemar menghidangkannya bersama satu sudu ais krim, ada juga yang gemar menghidangkan bersama sos caramel dan kacang walnut. Tapi apa yang istimewanya kali ini anda sudah boleh cuba buat sendiri dirumah!

 

Gambar : Patrick Chan

 

Siapa yang tidak kecur air liur kala dihidang brownies dengan satu sudu ais-krim? Tidak kiralah dijamah sebelum atau selepas menu utama, one slice of brownies is never a sin!

 

Saya percaya ramai yang gemar memesan menu pemanis mulit ini kala berada di coffee house untuk dihidangkan bersama secawan hot latte, tetapi buat edisi bulan merai cinta ini EH! sajikan satu menu mudah yang boleh dicuba sendiri di rumah, satu menu yang mungkin bakal menambat hati si dia.

 

RESEPI FUDGE BROWNIES

 

Bahan-bahan :

250 gram             Unsalted Butter

500 gram             Dark Chocolate

300 gram             Gula kastor

4 biji                      Telur

1 sudu kecil         Soda bikarbonat

1 sudu kecil         Esen Vanilla

200 gram             Tepung kek

 

Cara-cara :

  1. Cairkan mentega jenis unsalted bersama coklat dengan kaedah double boil.
  2. Di Dalam bekas yang berasingan pukul telur bersama gula sehingga kembang, kemudian masukkan esen vanilla.
  3. Satukan gabungan mentiga dan coklat yang sudah cair kedalam adunan telur dan gula dan kacau sebati
  4. Masukan tepung dan soda bikarbonat kedalam adunan dan gaul hingga sebati
  5. Tuang ke dalam acuan dulang 10×10 inch yang sudah dialas parchment paper dan bakar selama 45 minit pada suhu 160 darjah celsius.

The post Resepi Fudge Brownies Cepat Dan Mudah appeared first on EH!.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2l76MnC .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment