Johor Bahru – Polis membebaskan pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan maut melibatkan lapan remaja berbasikal di sini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, setakat ini, tiada tanda menunjukkan wanita itu memandu laju, mabuk atau menggunakan telefon bimbit ketika memandu dalam insiden pada pukul 3.30 pagi Sabtu itu.
Beliau juga berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menjadikan kejadian itu isu perkauman.
Nur Jazlan berkata demikian kepada pemberita pada majlis jamuan Tahun Baharu Cina anjuran kawasan Pulai pada Ahad.
Beliau juga mengingatkan ibu bapa supaya lebih bertanggungjawab dan memantau pergerakan anak-anak terutama pada waktu malam.
“Kerajaan negeri juga boleh menyarankan kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan terhadap kanak-kanak yang merayau-rayau pada lewat malam,” katanya.
Pada Sabtu, sekumpulan lapan remaja berbasikal maut dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, dekat Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah. – mStar
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lvYzvL .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
ADS HERE
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:
Post a Comment