Pembunuhan Jong-Nam: Suspek wanita Vietnam ditangkap

KUALA LUMPUR, 18 Jamadilawal 1438H, Rabu – Polis menahan seorang wanita dipercayai terlibat dalam pembunuhan abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid berkata, wanita warga Myanmar berusia sekitar 20-an itu, ditahan sepasukan polis di hadapan lapangan terbang itu kira-kira jam 9 pagi tadi.

Beliau ketika ditanya sama ada suspek berkenaan adalah wanita yang sama dalam rakaman litar tertutup (CCTV) berkata:

“Ya, ia adalah dia. Kita mengenal pasti suspek dari rakaman itu dan menahannya. Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Selangor bagi membantu siasatan.

“Kita percaya dia adalah suspek yang terlibat dalam kejadian Isnin lalu,” katanya.

Bercakap lanjut katanya, polis kini bekerjasama dengan diplomat dari Korea Utara dan Vietnam untuk memastikan sama ada suspek wanita yang ditahan itu adalah warga Vietnam.

Katanya, selain daripada wanita itu, polis juga sedang mengesan beberapa lagi suspel lain yang terlibat dalam pembunuhan itu.

Menurut laporan media, mangsa yang maut itu ialah Kim Chol yang sebenarnya Kim Jong-Nam, hidup dalam buangan di Macau dan ketika kejadian, beliau dalam perjalanan pulang ke sana dari Malaysia.

The post Pembunuhan Jong-Nam: Suspek wanita Vietnam ditangkap appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2kp2U4q .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment