KUALA LUMPUR, 19 Jamadilawal 1438H, Khamis – Polis menahan seorang lagi wanita yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan abang tiri seorang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Isnin lalu.
Wanita terbabit yang memegang pasport Indonesia dengan nama Siti Aishah ditahan kira-kira jam 3.30 pagi tadi bagi membantu siasatan.
Dia juga dikenalpasti daripada rakaman CCTV di lapangan terbang dan keseorangan sewaktu ditahan pihak polis.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan itu.
Bagaimanapun, maklumat lanjut berhubung penahanan itu masih belum diketahui.
Semalam, polis berjaya menahan seorang wanita Vietnam yang dipercayai turut terbabit dengan kes berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid berkata, wanita berusia sekitar 20-an itu, ditahan sepasukan polis di hadapan lapangan terbang itu kira-kira jam 9 pagi semalam.
The post Pembunuhan Jong-Nam: Seorang lagi wanita ditangkap appeared first on Portal Islam dan Melayu.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lNl7sH .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment