Nik Amar cabar Mahfuz keluar parti

KOTA BHARU, 18 Jamadilawal 1438H, Rabu – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dicabar Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah supaya keluar parti daripada terus menerus menghentam parti berkenaan sejak kebelakangan ini.

Ini kerana, katanya, tiada kewajaran untuk bekas naib presiden PAS itu bersama parti, namun pada masa sama mengkritik dan menghentam parti sendiri.

“Saya cadangkan dia (Mahfuz) keluar sahaja daripada parti, jangan jadi macam sekarang iaitu duduk dalam PAS, namun pada masa sama serang dan kritik PAS secara berterusan tanpa arah tuju.

“Saya nak persoalkan kedudukan Mahfuz, buat apa lagi dia (Mahfuz) duduk lama-lama dalam PAS sekiranya beliau tidak mampu menerima perjuangan yang dibawa oleh PAS.

“Malah, sebarang kenyataan yang dikeluarkan Mahfuz sejak kebelakangan ini tidak diambil kira oleh parti kerana bagi kami tidak relevan langsung. Sekiranya tidak berpuas hati, sila keluar,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat EXCO, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Mahfuz meminta PAS membuat pertimbangan untuk menarik diri dari Kerajaan yang diterajui PKR.

Ia berikutan pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai hubungan dengan DAP dan PAN secara jelas memutuskan hubungan kerjasama dengan PKR.

The post Nik Amar cabar Mahfuz keluar parti appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2koQjOL .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment