Mudah buat persepsi, andaian sikap berbahaya: Asyraf Wajdi

BANGI, 18 Jamadilawal 1438H, Rabu – Sikap terlalu mudah membuat persepsi dan andaian merupakan sesuatu yang berbahaya kerana, kemungkinan besar andaian itu disebarkan ke telinga-telinga lain lalu dijadikan bahan gosip liar, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, berita yang mungkin hanya bermula dengan sebesar anai-anai boleh merebak menjadi polemik besar dan kemudian berupaya mengundang perselisihan faham dan mampu merosakkan imej ummah.

Ini kerana lumrahnya, kata beliau, tahap kesahihan berita berbentuk gosip yang disebarkan dari mulut ke mulut berpotensi menjadi bahan yang kurang tepat kebenarannya.

Beliau berkata, masyarakat perlu sedar bahawa setiap maklumat dan berita yang diterima bukan sekadar perlu disahkan malah diselidiki dan dipastikan kesahihan tafsirannya.

“Letakkan sempadan waspada dalam mempercayai sesuatu berita dan usah terlalu ghairah untuk menjadi penyebar maklumat yang diterima. Dalam dunia akhir zaman yang penuh dengan pelbagai godaan dan pertembungan ideologi, fitnah terancang mahupun tidak terancang mudah tersebar luas tanpa sekatan.

“Apabila timbul sebarang isu dan tidak diperjelaskan, maka akan wujudnya persepsi. Persepsi yang membuta tuli sememangnya boleh membawa kepada fitnah yang besar,” katanya dalam tulisan disiarkan Sinar Online, hari ini.

Malah, beliau berkata, ia boleh menjadi lebih keruh apabila sesebuah persepsi tanpa sebarang kesahihan itu disensasikan dan lebih parah lagi apabila persepsi dispekulasikan.

Sehubungan itu, Asyraf menasihatkan masyarakat supaya sedar bahawa pada hakikatnya, persepsi atau andaian berdasarkan berita yang hanya disahkan (tathabbatu) tetapi tidak diselidiki (tabayyanu) boleh melarat kepada kemudaratan yang lebih besar.

“Bermula hanya berpersepsi atau berprasangka, ia mampu membawa kepada kebiasaan berbohong, memutuskan silaturahim, berpecah belah, fitnah-memfitnah, bahkan lebih bahaya lagi boleh sampai tahap saling membunuh.

“Tambahan pula, media sosial menjadi medan rujukan utama pada hari ini. Semuanya dalam tangan masing-masing dan mudah dicapai. Tidak dapat tidak, ia sememangnya memainkan peranan utama dalam mewarnai persepsi dan mencorakkan spekulasi,” katanya.

Justeru, beliau berkata, apa yang tinggal untuk menapis sebarang maklumat yang diperoleh bagi mengelakkan berlakunya fitnah, hanyalah dengan kebersihan jiwa, ikatan hati dan keteguhan prinsip tabayyun.

The post Mudah buat persepsi, andaian sikap berbahaya: Asyraf Wajdi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lhSjrf .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment