KSU sebuah kementerian dan anak dijangka dituduh di mahkamah esok

KUALA LUMPUR, 23 Jamadilawal 1438H, Isnin – Ketua Setiausaha sebuah kementerian bergelar ‘Datuk’ akan dituduh esok di mahkamah atas pertuduhan rasuah.

Menurut sumber, turut dituduh esok ialah anaknya yang berusia 35 tahun atas kesalahan meminta rasuah untuk dirinya dan ayahnya.

“Kedua-dua mereka ditahan hari ini dan dijangka dituduh di dua mahkamah esok iaitu di Mahkamah Jalan Duta dan Mahkamah Shah Alam.

“KSU yang bergelar Datuk itu dan anaknya ditahan pada kira-kira 10.30 pagi tadi di pejabat SPRM Kedah,” katanya kepada Bernama.

KSU berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM manakala anaknya akan dituduh mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM dan Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM.

Sebelum ini, kedua-duanya pernah ditangkap dan disiasat SPRM kerana disyaki menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukan KSU tersebut bagi tujuan menerima rasuah sejak tahun 2010.

Mengikut siasatan yang dijalankan, KSU berkenaan dipercayai telah menganugerahkan kontrak kepada mereka yang berkepentingan sejak dilantik sebagai pegawai kerajaan negeri bermula tahun 2010. – Bernama

The post KSU sebuah kementerian dan anak dijangka dituduh di mahkamah esok appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lmxCsa .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment