Kronologi Pembunuhan Kim Jong-Nam Di KLIA Abang Tiri Pemimpin Korea Utara

Abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, Kim Jong-nam, mati dibunuh Isnin lalu maut di lapangan terbang KLIA dipercayai di racun oleh seorang wanita.

Polis mengatakan Jong-nam, 45 tahun, akan menaiki pesawat penerbangan pada pukul 10.00 malam menuju ke Macau, Hong Kong, tempat pengasingan dia di luar negeri.
Jong-nam yang ketika itu sedang berjalan bersendirian pada pukul 9.00 malam meminta pertolongan petugas lapangan terbang KLIA selepas meronta-ronta dan mengadu sakit kepala selepas seorang wanita yang tidak dikenalinya mengusap wajahnya dengan sesuatu.
Asisten Komisaris Polis Selangor Fadzil Ahmat mengesahkan Jong-nam meminta pertolongan petugas  lapangan terbang KLIA untuk meminta pertolongan.
“Dia Mengatakan seseorang telah menyerkup wajahnya dengan sesuatu kemudian dia merasa sakit kepala”. Petugas di meja penyambut tetamu lalu membawanya ke sebuah klinik .
Setelah memeriksa petugas klinik mendapatkan bantuan bagi membawa Jong-nam ke hospital Putrajaya,” kata Fadzil kepada New Straits Times.
Dia mengatakan lagi bahawa Ambulan telah menjemput Jong-nam dari lapangan terbang tetapi sewaktu dalam perjalanan ke hospital Beliau telah disahkan meninggal dunia.
Polis kini tengah menyiasat kes ini kerana ada dugaan awal dia telah dibunuh oleh dua ejen wanita yang dipercayai orang utara. Fadzil mengungkapkan kematian Jong-nam ketika ini dikategorikan ‘kematian mendadak’ sebelum hasil bedah siasat diketahui.
Polis juga tengah menyiasat rakaman kamera pengawas cctv di bandara untuk mencari petunjuk dimana dilihat terdapat dua wanita berkulit cerah, kedua-duanya berambut paras bahu berjalan ke arah Kim Jong-nam.
Salah seorang daripada wanita itu, memakai baju putih, berskirt denim dan membawa beg sandang biru, manakala rakannya pula mengenakan baju biru dan seluar jean.
Mereka berdua dikatakan memiliki raut wajah menyerupai wanita Korea. sebaik melakukan tindakan berani itu, kedua-duanya dengan pantas keluar dari terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) dengan menaiki teksi.
Kim Jong-nam merupakan putera sulung dari Kim Jong-il, ayah Kim Jong-un. sebelumnya disebut-sebut bakal menjadi pemimpin Korut selepas Kim Jong-il wafat.
Namun pada 2001 dia ditangkap di Lapangan Terbang Narita Tokyo, Jepun, setelah mencuba memasuk ke Negeri Sakura dengan paspor Republik Dominika. Pada ketika itu dia mengatakan ingin mengunjungi Disneyland di Jepang bersama keluarganya.
Sejak kes itu dia diusir ayahnya dan tinggal di pengasingan di Macau, Hong Kong, sehinggalah Kim Jong-il mangkat pada 2011. Kim Jong-nam selama ini hidup bersembunyi kerana risau adik tirinya, Kim Jong-un, memandang dia sebagai ancaman.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lJCwm1 .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment