BANGI, 18 Jamadilawal 1438H, Rabu – Peperangan selama lebih enam tahun di bumi Syria sehingga saat ini belum terhenti, bahkan telah memakan ratusan ribu jiwa umat Islam yang tidak berdosa.
Pembunuhan yang berlaku mengundang pelbagai reaksi samada perlu berijtihad mengangkat senjata menentang kembali kezaliman Bashar al-Assad atau sekadar membuat rundingan damai seperti yang difatwakan tokoh ulama sebelum ini.
Menjawab persoalan itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, mengikut situasi ketika ini, ianya adalah perlu jika diadakan perbincangan secara tuntas bagi membahaskan tindakan yang perlu dilakukan.
“Secara jujurnya saya katakan guru kami pun ada dua kumpulan. Satu kumpulan menyatakan seperti fatwa Dr Yusof Qardawi dan satu lagi mengatakan fatwa Dr Ramadan al-Buti.
“Masing-masing berijtihad, tetapi alangkah baiknya jika para ulama berkumpul mencari solusi, keputusan untuk untuk semua umat Islam semak dan melilih sebagai pendirian berkenaan isu ini.
“Perbincangan itu perlu bagi menyelesaikan masalah masyarakat marhaen agar darah tidak ditumpahkan sewenang-wenangnya,” katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Ismaweb di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.
Pengerusi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi menfatwakan wajib berjihad dengan senjata menentang pemerintah Basyar Asad, sama seperti fatwanya untuk rakyat Mesir bangkit dengan senjata sebaik kejatuhan Morsi.
Manakala tokoh ulama Syria, As-Syahid Sheikh Said Ramadan Al-Buti mengambil pendirian agar rakyat bersabar bagi mengelakkan pertumpahan darah.
“Bagaimana saya boleh menuruti seruan pihak yang tidak dikenali untuk menjatuhkan kerajaan? Sama seperti ada orang menghantar mesej untuk berjumpa di satu tempat, sedangkan saya tidak mengenali penghantar mesej itu, adakah saya akan berjumpa dengannya?,” jelas Sheikh Ramadan dalam satu temubual televisyen.
Bagaimanapun, beliau lantang bersuara menegur pemerintah Syria yang mengambil jalan bersenjata memerangi rakyat. Akhirnya, beliau dibunuh pada tahun 2013 ketika sedang menyampaikan kuliah di masjid.
Dr Zulkifli berkata, apa jua fatwa yang dikemukakan perlu dibincangkan.
“Kita sama-sama boleh fikir dan bincang selepas apa yang berlaku. Atau kita perlu cari titik penyelesaian bagi mencapai kesudahan agar bumi Syria tidak lagi berlaku pertumpahan darah,” katanya.
The post Krisis Syria: Mufti Wilayah cadang ulama berkumpul cari penyelesaian appeared first on Portal Islam dan Melayu.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lgiMpm .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment