Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan dakwaan beliau mengeluarkan arahan kepada perwakilan untuk memberikan sokongan kepada Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa bagi memenangi jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada pemilihan Kongres ke-53 bulan depan.
Beliau yang sebelum ini menarik diri daripada bertanding merebut kerusi panas itu menegaskan sudah menyatakan pendirian yang jelas untuk bersikap berkecuali.
Baca artikel sebelum: TMJ dedah KJ arah negeri-negeri sokong Annuar Musa
“Tuduhan ini tidak benar sama sekali. Saya sudah nyatakan pendirian berkecuali. Selamat bertanding kepada calon-calon,” tulis Khairy dalam laman sosial Twitter semalam sebagai menjawab pertanyaan seorang pengikutnya di laman sosial itu berhubung dakwaan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Arena Metro semalam melaporkan kenyataan Tunku Ismail yang turut bertanding jawatan Presiden FAM bahawa pencabarnya Annuar bakal memenangi perebutan itu dengan bantuan pihak ketiga.
Katanya, bekas Timbalan Presiden FAM itu dijangka menerima sokongan padu kebanyakan negeri atas arahan Khairy bagaimanapun atas alasan apa tidak dijelaskan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Sumber: Harian Metro
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lxBLeR .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment