Hari Tanpa Tali Leher atau ‘No Tie Day’ yang dilaksanakan kepada kakitangan Wisma Darul Iman pada tahun lepas akan diperluas skopnya ke seluruh jabatan di Terengganu menjadi Hari Tanpa Mesyuarat bagi memberi peluang kepada penjawat awam untuk turun padang bertemu masyarakat setempat.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, pada setiap hari Isnin tidak dibenar diadakan sebarang mesyuarakat kecuali yang benar-benar mustahak dan perlu diutamakan sahaja.
“Kita mahu ketua-ketua jabatan menjadikan hari Isnin ini sebagai hari untuk mereka turun ke lapangan dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat.
Bukan sekadar itu, ketua-ketua jabatan juga boleh menjadikan hari tersebut sebagai hari ‘hands-on’ untuk melatih anggota-anggota bawahan mereka melakukan kerja dengan lebih efisien dan berkesan”, katanya pada sidang media selepas mesyuarat kerajaan negeri di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Wan Nawawi berkata, Hari Tanpa Mesyuarat yang bermula 20 Februari depan diharap memberi kebebasan kepada penjawat awam untuk bekerja dan menjadikan hari tersebut sebagai platform terbaik untuk memahami apa sebenarnya yang dihadapi oleh rakyat.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2kIYW2y .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment