Duit deposit bukanlah advance payment untuk sewa rumah, tapi adalah cagaran
- 1+1
- 2+1
- 2+1+1
- Kondisi rumah (kosong atau berperabot)
- Budi bicara tuan rumah
- Kebolehpercayaan terhadap penyewa
- 1+1 : 700 (cagaran) + 700 (sewa bulan pertama) = 1400
- 2+1 : 1400 (cagaran) + 700 (sewa bulan pertama) = 2100
- 2+1+1 : 1400 (cagaran sewa) + 700 (cagaran utiliti) + 700 (sewa bulan pertama) = 2800
- Penyewa bertangguh-tangguh bayaran sewa, sedangkan tuan rumah perlu membayar ansuran di bank setiap bulan. Jika lewat, CCRIS tuan rumah akan tercalar. Lebih teruk, dah la tak bayar sewa, kemudian lari menghilangkan diri.
- Penyewa keluar awal daripada tarikh tamat kontrak, maka tuan rumah mungkin rugi 1-2 bulan rumah kosong kerana perlu mencari penyewa baru akibat daripada penyewa melanggar kontrak tempoh sewaan.
- Kerosakan rumah yang disebabkan oleh penyewa contohnya paip patah, pintu pecah (penyewa memang suka terkunci tombol dari dalam), tombol rosak, saluran sumbat (dengan gumpalan rambut, minyak beku, spender), jubin pecah dan lain-lain. Kerosakan yang disebabkan oleh penyewa sepatutnya ditanggung oleh penyewa.
- Kerosakan perabot contohnya sofa hancur, cermin muka pecah, almari patah dan lain-lain. Ini juga adalah kerosakan disebabkan oleh penyewa, bukannya ‘wear and tear’, kecuali jika perabot memang uzur.
- Bil-bil tertunggak yang tidak dilangsaikan oleh penyewa, kadangkala hingga berbulan-bulan lamanya. Biasanya ia hanya disedari apabila penyewa telah keluar rumah.
- Rumah bersepah dengan sampah yang setahun tak buang, toilet yang setahun tak cuci, siling bersawang yang setahun tak dibersihkan, lantai berkulat yang setahun tak dimop. Sepatutnya rumah sewa yang dipulangkan diberi dalam keadaan yang sama ketika penyewa mula-mula masuk. Jika tidak, kos pembersihan patut ditanggung penyewa.
Kalau didapati kerosakan berlaku ketika tempoh sewaan, minta terus cash daripada penyewa untuk dibaiki. Jika ada sewa yang tertunggak, minta penyewa bayar double bulan berikutnya. Jangan potong daripada duit cagaran sebab ia digunakan apabila penyewa keluar, bukannya ketika masih menyewa. Duit cagaran ni guna (jika ada rosak oleh penyewa atau tunggakan bil) masa penyewa dah keluar rumah nanti, dan bakinya dipulangkan selepas 2-4 minggu (lepas dapat bil terkini).
Sumber: TR
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mf3ePU .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment