JOHOR BAHRU, 24 Jamadilawal 1438H, Selasa – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai kanan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), semalam kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa.
Kedua-dua lelaki berusia 55 dan 40 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira 4.30 petang ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan dijalankan ke atas mereka.
Seorang daripadanya ialah Ketua Penolong Pengarah dan seorang lagi Penolong Pegawai Bahagian Undang-Undang Syariah.
Menurut sumber, siasatan awal mendapati kedua-duanya menyalahgunakan kedudukan mereka di bahagian tersebut dengan meluluskan permit penganjuran kursus pra perkahwinan Islam tanpa melalui prosedur.
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan tangkapan itu.
Beliau berkata, kedua-dua mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk mendapatkan permohonan reman.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009, katanya.
The post Dua pegawai kanan JAIJ ditahan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lAuWJL .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment