Activision Blizzard Menamatkan Sokongan Beberapa Permainan Mereka Untuk Windows XP dan Vista

Activision Blizzard merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena permainan video. Terkini, mereka dilihat telah mengumumkan bakal menamatkan sokongan permainan mereka untuk sistem operasi Windows XP dan juga Vista kelak pada tahun ini.

Antara permainan yang tidak lagi akan disokong adalah termasuk World of Warcraft, StarCraft II, Diablo III, Hearthstone, dan juga Heroes of the Storm.

Pengumuman ini mungkin tidak mengejutkan ramai memandangkan sejumlah pengeluar perisian telah mula menamatkan sokongan untuk kedua-dua sistem operasi lama berkenaan. Antara sebabnya adalah kerana Microsoft sendiri telah menghentikan penawaran sokongan sekuriti menjadikan sistem operasi berkenaan terdedah kepada pelbagai masalah sekuriti, selain versi lama yang menyukarkan integrasi pelbagai ciri-ciri teknologi terkini.

Seperti biasa, Activision Blizzard menasihatkan supaya pengguna menaik-taraf ke versi sistem operasi terkini untuk terus memainkan permainan mereka.


===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2ldNkr7 .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment