KUALA LUMPUR – Abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un ditemui mati di negara ini pada siang tadi (14 Februari), lapor Yonhap News Agency.
Kim Jong-Nam merupakan anak lelaki sulung pemimpin sebelumnya iaitu Kim Jong-il.
TV Chosum melaporkan bahawa Kim telah diracun di lapangan terbang Kuala Lumpur oleh dua orang wanita yang dipercayai merupakan perisik Korea Utara.
Kedua-dua wanita itu masih belum dikenal pasti, lapor beberapa sumber daripada kerajaan Korea Selatan.
Jong-Nam menyembunyikan diri di negara ini selepas pakcinya, Jang Song-Thaek dibunuh Jong-Un pada tahun 2014.
Mendiang sebelum ini terselamat daripada cubaan membunuh di Macau pada tahun 2011.
Walaupun Jong-Nam dilihat sebagai calon pewaris takhta paling menyerlah sebelum ini, beliau menjadi kurang popular selepas insiden di mana beliau ditahan semasa hendak masuk ke negara Jepun menggunakan pasport palsu bersama-sama dua orang wanita dan seorang kanak-kanak.
Beliau berkata beliau hanya ingin melawat Disneyland.
Jika berita ini disahihkan, kematian Jong-Nam ini akan menjadi kes pembunuhan paling berprofil tinggi dalam sejarah rejim pimpinan Kim Jong-Un sejak hukuman mati Jang Song-Thaek.
Jong-Nam dilahirkan hasil hubungan sulit ayahnya bersama Sung Hae-Rim, iaitu seorang aktres kelahiran Korea Selatan yang meninggal dunia di Moscow.
Berita selanjutnya bakal menyusul…
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2koyeAo .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment