Nak tahu mengapa saya selalu buat kerja gila sampai sanggup panjat IPOH??Sebab saya .......-norfarahin burhanuddin


Salah seorang gadis yang didakwa memanjat papan tanda Ipoh di Jalan Kuala Kangsar yang menjadi viral di laman sosial telah meluhakan rasa kecewa selepas dia menerima kecaman teruk seolah-olah dia melakukan kesalahan seperti membunuh orang, lapor Utusan Malaysia.

Beliau yang berusia 23 tahun berkata dia juga ‘penat’ ekoran kecaman yang diterima itu.

“Saya tak nak beri  keterangan langsung kat media. Saya penat kena kecam macam saya bunuh orang. Maaf,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Hasil tinjaun di laman Instagram miliknya, semua gambar yang memaparkan aksi dia dan rakan-rakan memanjat tanda tersebut telah dipadamkan selepas ia tersebar di laman sosial.

Difahamkan juga beliau merupakan seorang gadis yang selalu menyertai aktiviti lasak seperti mendaki bukit, selam skuba dan mengembara.

Tindakan gadis tersebut bersama sekumpulan rakannya yang rata-rata terdiri daripada wanita, memanjat papan tanda Ipoh disifatkan cukup merbahaya kerana perkataan itu dipasang pada bukit batu kapur setinggi 61 meter.

Malahan, struktur perkataan Ipoh tersebut terdiri daripada binaan setinggi enam meter dan berada pada ketinggian 67 meter itu boleh mengundang bahaya kerana didaki tanpa sebarang penggunaan tali keselamatan.
ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man