Dia yang menerima aku di saat aku ditinggalkan tanpa sedikit pun belas kasihan. Aku telah dikhianati oleh seorang lelaki bernama 'Mamat' (bukan nama sebenar). Hahaha!
Mamat telah meninggalkan aku tanpa sebarang kata putus. Aku hanya tersedar apabila dia membawa seorang perempuan lain berjumpa dengan ibunya. Bermula dari hari itu, segala sms dan panggilan aku direjectnya. Aku hampir menjadi separuh gila apabila diperlakukan sedemikian.
Di saat aku gemuk, berat mencecah 90 kilogram, seorang lagi insan bernama Rafi telah menerima dan menyayangi aku serta memberi sepenuh perhatian kepada aku. Dia sangat-sangat menghargai aku, tidak pernah sekali pun dia merungut ataupun cuba menyuruh aku kuruskan badan dan yang sewaktu dengannya. Aku terasa bahagia di samping dia walaupun adakalanya kami berbeza pendapat dan selalu bergaduh manja.
Aku cuma nak cakap, terima kasih Muhamad Rafi Mohd Akram kerana berada di samping aku di saat seorang lagi kaum sejenismu telah meninggalkan aku tanpa sebarang kata putus hanya kerana aku terlalu gemuk.
Mamat pernah cuba ingin kembali kepada aku bila dia melihat aku sudah kurus. Ya, aku pernah melayan percubaan Mamat itu, tetapi untuk apa? Untuk membuatkan dia rasa apa yang aku rasa bila dia meninggalkan aku. Dan aku berjaya membuatkannya benar-benar sakit hati.
"Padan muka mamat!"
Kepada Rafi, i love you so much. Aku kurus seperti dalam gambar itu adalah di atas kemahuan aku sendiri dan hanya disokong oleh Rafi yang pada awalnya menjadi penghalang nombor 1.
ADS HERE
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih