Kesiannya mereka ini berbuka puasa di kaki lima je...
Majikan Tidak Sedia Tempat,Pekerja Berbuka Puasa Di Kaki Lima? - Trending - Hari Raya 2016
oleh Adib Za
Agak mengejutkan pendedahan seorang netizen ini. Perasaan terharu dirasakan bila melihat pekerja sebuah kedai berbuka puasa di kaki lima.
"Kenapa makan di sini" itu persoalan yang diajukan kepada para pekerja itu. Ternyata jawapan mereka adalah majikan tidak menyediakan ruang untuk makan dan juga minum.
Situasi ini dilihat begitu menyedihkan kerana seharusnya pekerja ini boleh berbuka puasa dalam keadaan lebih selesa dan juga di kawasan yang tertutup. Bukannya di kaki lima.
"Ini pekerja Malaysia bukan warga asing...sedangkan peraturan membawa masuk pekerja asing salah satunya menyediakan penginapan dan keselesaaan.." ujar netizen ini lagi.
Semoga bila hal ini mendapat perhatian umum, pihak berkenaan memberikan tindakan susulan untuk mencari solusi kepada hal ini.
Kepada para pekerja yang berbuka puasa di kaki lima itu, tak mengapalah moga anda bertabah dan dipermudahkan urusan kalian. Moga masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin ya. - CARI
ADS HERE
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih