Georgetown: Seorang pemandu lori sanggup bersembunyi hampir 30 minit bagi menyelamatkan diri daripada dipukul orang ramai selepas dipercayai melanggar seorang remaja perempuan hingga parah dalam kemalangan di Jalan Sultan Azlan Shah/Jalan Sungai Dua, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.57 petang itu, lori yang dipandu lelaki berusia 24 tahun terbabit merempuh sebuah motosikal yang ditunggang seorang remaja perempuan berusia 18 tahun berhampiran lampu isyarat di lokasi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukan, motosikal jenis Yamaha Lagenda remaja perempuan terbabit dilaporkan dari arah Gelugor menghala ke Sungai Dua, manakala lori itu pula dari arah Sungai Nibong ke Gelugor.
Beliau berkata, sebaik tiba di tengah lampu isyarat, lori dan motosikal itu bertembung menyebabkan penunggang motosikal terbabas dan tertiarap di atas jalan, manakala pemandu lori itu melarikan diri.
Katanya, hasil siasatan mendapati remaja wanita yang berasal dari Lebuh Sungai Pinang itu dilaporkan parah dan tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut.
“Siasatan mendapati pemandu lori bertindak melarikan diri dari tempat kejadian dan bersembunyi tidak jauh dari lokasi kejadian bagi mengelak dipukul orang ramai, namun akhirnya terpaksa menyerah diri selepas dipujuk polis.
“Pemandu lori itu kemudian dibawa ke Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian yang sebenar,’ katanya.
Mior Faridalathrash berkata, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dalam keadaan cuai sehingga menyebabkan kecederaan dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
Polis juga meminta kerjasama orang ramai sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian kemalangan itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Trafik Daerah Timur Laut di talian 04-2181872 atau balai polis yang berhampiran.
Sumber: harian metro
ADS HERE
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih