Saya beri 5 bintang kepada pengurusan Masjid Al Hasanah Bangi yang juga dikenali sebagai Masjid Hijau.
Makanan yang dihidangkan untuk iftar di masjid berkualiti seperti restoran. Masjid juga menyediakan petugas yang menjaga kanak-kanak di Nursery Khass masjid dan tempat permainan kanak-kanak ketika ibu bapa bertarawih.
Suasana dalam masjid juga terkawal kerana tempat solat khas untuk kanak-kanak dijaga oleh seorang pakcik yang tegas tetapi mesra kanak-kanak. Dibawanya plastik besar yang ada gula-gula dan jajan untuk diberikan kepada semua kanak-kanak yang bersolat di dewan utama masjid.
Jika ibu bapa ingin membawa solat sekali di saf ibu bapa, AJK masjid tidaklah pula hendak marah. AJK Masjid Hijau ini yang saya perhatikan, berfikiran terbukan dan bukan jenis ortodoks style orang-orang dulu nak menengking budak-budak.
Namun lebih elok mereka kanak-kanak ini bersolat dengan kawan-kawan untuk latihan disiplin dan lebih tersusun. Namun terpulanglah kepada ibu bapa untuk membuat pilihan.
| Cari ibu tak nampak dari tadi. |
| Inilah pakcik berjubah putih yang baik hati jaga kanak-kanak dan bagi hadiah gula gula dan chocolate kepada anak-anak yang behave solat tarawih. |
| Sementara tunggu Isyak main gelungsur dulu. |
Kanak-kanak ini, selagi belum akil baligh adalah anak-anak syurga yang tiada dosa dan noda. Keriangan hidup kita sebagai ibu bapa kerana adanya anak-anak ini dan Rasulullah sangat mengasihi kanak-kanak, apatah lagi jika kanak-kanak itu anak yatim.
| Persiapan iftar di masjid . |
Masjid Hijau juga dibukan 24 jam untuk iktikaf. Moreh disediakan selepas witir dengan tarawih 20 rakaat. Masjid juga menggunakan penghawa dingin dan ada water cooler yang banyak. Sahur disediakan pada jam 10 malam terakhir. Sepanjang ramadhan ini bermula 5.30 petang, ada Program Tadarrus Quran yang diketuai oleh 8 Naqib.
Semoga ahli jawatankuasa Masjid Hijau dirahmati Allah SWT selalu.
ADS HERE
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih