Zero Kecewa Apa Yang Berlaku Di Pentas Final MLM2017, Akhirnya Buat Pengumuman Mengejutkan

Zero Kecewa Apa Yang Berlaku Di Pentas Final MLM2017, Akhirnya Buat Pengumuman Mengejutkan



Ramai yang terkejut dengan keputusan di final Maharaja Lawak Mega 2017 apabila kupulan Zero sekadar mendapat tempat ke-4.

Salah seorang aggota kumpulan Zeir iaitu Sharif mengakui kecewa dengan apa yang berlaku di pentas akhir MLM2017.

Ini komennya:

KECEWA

"Saya mengakui terdapat banyak kekurangan terhadap persembahan kumpulan kami pada malam final ini.

"Kami sangat kecewa sebenarnya kerana tidak dapat memberi kepuasan kepada peminat dan penonton di luar sana yang menyokong Zero.

"Mungkin persembahan kami sebelum ini lebih bagus dan malam ini boleh dikatakan kehadiran kumpulan Zero ini cuma untuk melengkapkan malam final ini sahaja.

"Walaupun kecewa, kami menerima keputusan dengan hati yang redha dan mungkin bukan rezeki kami untuk menjadi juara pada tahun ini,"


Di persembahan kedua, Zero ada memberi hint seperti tidak mahu lagi menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega.

Akhirnya Sharif sendiri memberi ulasan lanjut tentang hal ini.

Ternyata Zero ingin berehat dari menyertai MLM pada masa akan datang.

Ini komennya:

PENGUMUMAN MENGEJUTKAN 
"Bukan senang untuk membuat keputusan ini, namun selepas beberapa faktor kami sepakat untuk berehat seketika.

"Kami mahu melihat lebih banyak muka baru yang mampu menghiburkan penonton di atas pentas hebat seperti MLM.

"Pelbagai pengalaman telah kami perolehi sepanjang terlibat dengan MLM jadi biarlah mereka pula lalui apa yang kami rasa.

"Namun jika masih menerima tawaran kami akan berfikir dan berbincang semula untuk masuk menyertai MLM ataupun tidak," 


Apapun, sebenarnya Zero merupakan kumpulan [aling konsisten di pertandingan Maharaja lawak mega 2017.

Semoga Zero sukses selalu.

Sumber : beritamemeymy
ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment