5 Gambar Sekitar Majlis Tahnik Yusof Leonne, Anak Kedua Lisa Surihani Dan Yusry

5 Gambar Sekitar Majlis Tahnik Yusof Leonne, Anak Kedua Lisa Surihani Dan Yusry



Pasangan artis popular, penyanyi Yusry KRU dan pelakon Lisa Surihani selamat menimang cahaya mata kedua mereka.

Lisa Surihani selamat melahirkan anak kedua pada 29 April yang lalu. Anak lelakinya ini diberi nama Yusof Leonne, memang cantik namanya.

Nama ini juga mengekalkan tradisi anak-anak Lisa dan Yusry yang menggunakan nama awalnya dengan huruf 'Y' dan juga 'L'.

Sebelum ini, anak mereka diberi nama Yahaira Leanne.

Semalam, Yusry dan Lisa Surihani telah mengadakan majlis tahnik buat anak kedua mereka ini.

Ini komen Yusry:

Alhamdulillah, selesai majlis tahnik anak lelaki kami, Yusof Leonne bin Yusry petang tadi. Thank you papa Jovian Mandagie & mama Nina kerana membawa Ustaz Fahmi & Ustaz Badri untuk menyempurnakan majlis.

Jom layan gambar sekitar majlis tahnik ini:







APA ITU TAHNIK?

Tahnik adalah meletakkan manisan ke dalam mulut bayi selepas kelahiran bayi.

Mentahnikkan bayi hukumnya adalah sunat dan merupakan salah satu yang dilakukan oleh Rasullullah S.A.W.

Dalam kehidupan seorang muslim, sebaik-baik perbuatan adalah sepertimana yang dilakukan oleh Rasullullah S.A.W dan tahnik

Sebaik-baiknya tahnik dilakukan selepas kelahiran dan sebelum bayi minum apa-apa termasuk susu ibu.

Namun begitu, tidak menjadi masalah sekiranya dilakukan selepas bayi masuk ke dalam wad bersama ibu kerana terdapat kekangan untuk bapa melakukannya sejurus selepas kelahiran.

Tahnik boleh dilakukan oleh bapa bayi itu sendiri atau wakil melalui atuk atau para ustaz yang berperibadi baik.

Semoga dengan melakukan tahnik ini, anak kita akan petah berkata-kata dengan kata-kata yang baik, mempunyai budi pekerti yang baik dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah.






Sumber : beritamemeymy
ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment