Anak-anak taska jadi mangsa pengasuh yang tidak bertanggungjawab. Anak-anak dihempas, dibiar menangis, selain dicampak ke dalam bilik kerana terbaling mainan. Selamatkah taska anak-anak kita sekarang? Bila pihak berkenaan nak wajibkan setiap taska pasangan CCTV? Nak tunggu mati dulu ke baru nak pasang?????

KUALA LUMPUR - Video pengasuh di sebuah taska menghempas dan mencampak anak-anak asuhannya viral di media sosial. 

Video berdurasi 1 minit 49 saat yang dimuat naik Ziera Shammudin, telah ditonton 239,000 kali dan dikongsi 6,041 pengguna Facebook. 

Lokasi sebenar taska tidak dinyatakan, namun dipercayai berlaku di Malaysia. 

Berdasarkan video, seorang pengasuh mendukung seorang bayi yang dianggar berusia 2 tahun ke bawah sebelum menghempasnya ke tilam membuatkan kanak-kanak itu menangis. Pengasuh itu kemudian menolak kepalanya dan mengangkat kedua-dua tangannya dengan cara yang tidak sepatutnya dan meletak mangsa di luar bersama rakan-rakannya yang lain.  

Dalam kejadian yang kedua, seorang kanak-kanak lelaki secara tidak sengaja terbaling mainan sehingga terkena kaki pengasuh menyebabkan wanita itu berang lalu membaling mainan itu sebelum mengangkatnya dan mencampaknya ke dalam bilik sehingga terkena mainan di lantai. 
Kejadian itu disaksi oleh rakan sekerjanya, namun tidak mengambil sebarang tindakan. 

Justeru, ibu bapa menggesa pihak yang berkenaan mewajibkan semua pengusaha taska memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau keadaan dalam taska berikutan sudah banyak kes seumpama ini berlaku. 

Semalam, seorang ibu mendedahkan bayi perempuannya mengalami pendarahan dalam kepala sehingga akibat terjatuh di taska, sehingga terpaksa dibedah. 

Namun pihak taska didakwanya enggan bertanggungjawab sejak kejadian itu berlaku. - The Reporter

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment