Netflix mahu berkawan dengan lebih banyak syarikat telekomunikasi, perlukan lebih ramai teman dari sektor sebegini. Ini ucapan dari CEO Netflix, Reed Hastings dalam temubualnya dengan BBC dalam satu majlis di MWC 2017.
Ia merupakan satu langkah ke depan yang diperlukan Netflix, selepas meluaskan perkhidmatannya di luar Amerika Syarikat, mencecah lebih 130 buah negara. Perkara ini penting untuk penyedia TV Internet sepertinya.
Perkhidmatan strim melalui internet tidak memerlukan kepantasan, tetapi ia perlu lancar sepanjang masa, kerana penonton tidak suka gangguan semasa menonton. Apatah lagi jika tontonan terhenti semasa aksi paling menarik.
Semakin banyak telko menyediakan pelan strim video tanpa had, tetapi mengenakan had kualiti video. Kerana itu Netflix sedang berusaha untuk menghasilkan teknologi tayangan dan strim yang boleh mengecilkan saiz strim, tetapi mengekalkan kualiti yang sama seperti menonton di TV biasa.
Selain itu, pengguna Netflix kini boleh memuat turun terlebih dahulu, sebelum menonton tanpa perlukan sambungan internet aktif. Sedikit sebanyak, kerjasama dengan telko membuka ruang untuk Netflix membuatkan teknologi strim video mereka lebih lancar dan memuaskan untuk pelanggan.
Tambah Reed lagi, Netflix tidak terlalu kisah dengan masalah cetak rompak atau muat turun haram. Malah, beliau berjenaka dengan harapan agar lanun cetak rompak mengedarkan White Helmets, rancangan yang dihasilkan sendiri oleh Netflix dan baru sahaja memenangi anugerah Oscar.
Reed yakin dengan model perniagaan Netflix, iaitu memberikan kandungan berkualiti tinggi pada harga yang mampu milik. Ini menjadikan pengguna tidak perlu lagi bergantung kepada cetak rompak, kerana mampu membayar servis yang sah.
The post [MWC2017] Netflix tidak kisah dengan cetak rompak appeared first on TheSkop.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lczff4 .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment