Luahan Hati Nora Setelah Suami, Johan Nawawi Meninggal Dunia...Dedah Apa Yang Berlaku Malam Tadi

Luahan Hati Nora Setelah Suami Tercinta, Johan Nawawi Meninggal Dunia


Suami Nora, Johan Nawawi, komposer terkenal telah meninggal dunia pagi tadi.

Nora dan suaminya itu sepatutnya menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke 25 pada April nanti.

Namun ternyata rancangan itu tidak kesampaian apabila suaminya komposer Johan Nawawi meninggal dunia akibat serangan jantung.

Arwah Johan ada membuat rancangan untuk mengadakan majlis istimewa tersebut sempena ulang tahun berkenaan pada 9 April depan dengan mengayakan pakaian tuksedo.

Nora juga sempat bercerita apa yang berlaku malam tadi.

Ini komen Nora:

RANCANG ULANG TAHUN PERKAHWINAN

"Dia ada merancang untuk mengadakan persembahan pada majlis ulang tahun perkahwinan kami April depan.


"Dia kata nak pakai tuksedo pada hari itu dan saya pakai baju Azura. Ia seperti meraikan kembali perkahwinan kami. Namun perancangan Allah itu kita tidak tahu,"


APA YANG BERLAKU MALAM TADI?

"Saya bawa dia ke hospital pada malam tadi dan terus ditahan di wad kecemasan, saya minta bilik eksekutif tapi penuh.


"Jadi saya terpaksa balik, selepas itu kira-kira pukul 5.30 pagi pihak hospital telefon beritahu arwah dalam keadaan tenat.


"Bila saya sampai, doktor beritahu arwah sudah meninggal dunia. Pada mulanya saya seakan-akan tidak percaya minta mereka buat pemeriksaan sekali lagi. Tapi saya reda dia pergi ke tempat yang lebih baik,"


Johan Nawawi dikatakan alami serangan jantung dan menjadi punca kematiannya.

Bagi Nora, suaminya itu seorang yang penyayang dan kuat berkerja.

ARWAH KUAT KERJA

"Orang selalu ingat kami orang senang tapi sebenarnya tidak, tapi Allahyarham kuat bekerja dan memastikan kehidupan kami cukup.


"Saya tidak ada kenangan pahit dengan dia. Semua kenangan bersamanya adalah kenangan manis," 


Johan Nawawi menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya kira-kira pukul 6.30 pagi Jumaat.

Puncanya adalah kerana serangan jantung.

Nora dan Johan telah berkahwin selama 24 tahun. Mereka berdua mempunyi empat orang anak  iaitu -Mohd Syakir Iman, 24 tahun
-Mohd Syakir Alif, 18 tahun
-Putri Nur Dahlis, 13 tahun
-Putri Nur Fatehah, 5 tahun.

Salam takziah buat keluarga Johan Nawawi dan mari sedekah Al fatihah serta berdoa buat arwah.



Sumber : beritamemeymy
ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment