Imam Muda Asyraf Dedah Kisah Silamnya Bersama Ustaz Don ...Ramai Yang Terkejut Bila Baca!


Baru baru ini Imam Muda Asyraf ada berkongsi kisah duka zaman bersekolah bersama Ustaz Don. Tak sangka mereka berdua sebilik dan sebantal. Baca perkongsian Imam Muda Asyraf di bawah..

Inilah housemate saya sewaktu di MTQ Penang. Kami pernah tidur sebantal. Tapi jangan risau, tiada apa yang berlaku..

Umur kami sama. Tapi beliau senior satu tahun dari saya. Dulu saya lagi macho dari dia. Sekarang beliau lebih hensem dan tinggi dr sy. Frust. Kecik hati saya bila lihat beliau hari ini lebih kacak dan tampan berbanding dulu. .

Byk perbezaan antara kami dulu walau duduk sebilik. Beliau dikenali pelajar yang baik. Saya pulak dikenali sbg pelajar yg nakal. Beliau dikenali hafaz Quran slow, tapi lambat lupa. Saya pulak hafaz Quran cepat, tapi cepat pulak lupa. .

Dan yang paling jelas. Beliau minat semua lagu Inggeris. Saya pulak rock kapak. Kami tak pernah bersatu hati dalam bab ni. Saya rasa sampai sekarang kami masih berkhilaf dalam menghukum Qaul Mu'tamad pemilihan genre lagu yang paling rajih untuk didengari. Kat bilik beliau selalu menyanyi lagu Linkin Park, Limp Bizkit dll. Sy pulak kekal lagu Ekamatra, Lestari, Spring, Slam dan sewaktu dengannya. Salah satu lagu org putih yang beliau ajar saya ialah Kumpulan Greenday. Sy lupa album apa ketika itu. Nimrod rasanya. Tak lupa juga Coldplay yang beliau sanadkan saya. Tq Ustaz Don.

Beliau seorang yang bersungguh bila buat kerja. Berkhidmat utk gurunya. Rajin menelaah. Dan sentiasa bersama geng-geng warak. Saya pulak suka merapu dalam kelas. Menyakat orang sentiasa. Dan sentiasa bersama geng rock dan kaki fly. .

Itu cerita lama. Kalau nak tulis tak cukup ruang kenangan bersama. Apapun semua dah besaq. Bertemu juga di bidang yang sama. Harini beliau lebih hebat. Menerajui KUISCELL. Kami geng MTQ Penang berbangga dengan hang Don. Salute!!

Pada mula jumpa 2010 dulu, Dia terkejut macamana sy boleh jadi Imam Muda. Sy pulak terkejut macamana dia boleh jadi Ustaz Don. Maaf ustaz Don. Kalau terbuka Cerita kisah lama kita. Semoga doa kalian di luar sana semua menguatkan kami berdua dalam keberkatan.

Sumber:  Imam Muda Asyraf


Sumber : tasikbiruselatan
ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment