Kain rentang 1.5km meriahkan LTdL 2017

Kuala Terengganu – Kain rentang sepanjang 1.5 kilometer (km) akan dipamer di beberapa laluan di sini bagi memeriahkan lagi temasya lumba basikal Le Tour De Langkawi (LTdL) 2017 akan bermula minggu depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, kain rentang Solidariti LTdL 2017 itu dihasilkan oleh gabungan persatuan, kelab-kelab di jabatan kerajaan negeri, sekolah serta badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata, usaha itu dilakukan sebagai tanda sokongan kerajaan negeri kepada pasukan Terengganu Cyling Team (TSG) selain memeriahkan sambutan Visit Beautiful Terengganu 2017.

“Ini merupakan kain rentang terpanjang yang pernah dihasilkan dan setelah siap nanti akan dipamerkan di laluan LTdL,” katanya selepas majlis menandatangani kain rentang itu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rozi berkata, bulan Mac turut diisytihar sebagai Bulan Sukan Negeri Terengganu 2017 di mana pelbagai acara peringkat kebangsaan dan antarabangsa akan dianjurkan.

Antaranya termasuklah Sukan Berkuda Piala Menteri Besar Terengganu, Sukan Pantai Asia dan kejohanan motocross antarabangsa.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lgIJoV .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment