Anak pegawai kerajaan antara enam ditangkap skandal rasuah

JOHOR BAHRU, 28 Jamadilawal 1438H, Sabtu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangkap enam individu kerana dipercayai terlibat dalam skandal rasuah dan penyelewengan membabitkan hartanah di negeri ini, menyebabkan kerajaan kerugian jutaan ringgit hasil pendapatan, semalam.

Dalam operasi khas di sekitar bandar raya ini, SPRM juga merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000, termasuk mata wang asing dan dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, sebanyak 45 akaun bank milik semua suspek membabitkan kira-kira RM15.5 juta juga telah dibekukan bagi membantu siasatan.

“Semua suspek yang berusia antara 25 dan 50 tahun itu ditangkap di beberapa lokasi dalam satu operasi serentak yang dilancarkan kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

“Mereka yang ditangkap merupakan anak dan pegawai khas kepada seorang pegawai kerajaan Negeri Johor, dua orang pemaju, seorang peguam dan seorang orang awam yang dipercayai terlibat dalam skandal tersebut.

“Menerusi maklumat awal yang diperolehi, kesemua suspek disyaki telah bersubahat dalam pengurangan premium tanah yang diluluskan untuk projek-projek perumahan dan perindustrian serta penukaran status premis-premis di Negeri Johor,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, SPRM kini dalam proses meneliti semua dokumen yang dirampas berhubung penyelewengan hartanah di Johor.

“SPRM akan memanggil beberapa orang lagi saksi bagi membantu melengkapkan siasatan kes ini. Penolong pendaftar Noor Hidayah Abdul Manaf membenarkan semua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk membantu siasatan.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah,” katanya.

The post Anak pegawai kerajaan antara enam ditangkap skandal rasuah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lGoLBE .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment