KUALA LUMPUR, 18 Jamadilawal 1438H, Rabu – Mahkamah tidak boleh memaksa Peguam Negara untuk memulakan apa-apa prosiding jenayah terhadap seseorang individu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hanipah Farikullah memutuskan demikian dalam penghakiman bertulis setebal 41 muka surat dalam permohonan semakan kehakiman melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diedarkan kepada media hari ini.
“Ini kerana berdasarkan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara mempunyai budi bicara yang luas berhubung kawalan dan arahan bagi semua pendakwaan jenayah.
“Bukan sahaja beliau (Peguam Negara) memulakan dan menjalankan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, beliau juga boleh memberhentikan prosiding jenayah yang beliau telah mulakan.
“Dan mahkamah tidak boleh memaksa beliau untuk memulakan apa-apa prosiding jenayah yang beliau tidak mahu mulakan atau meneruskan apa-apa prosiding jenayah yang beliau telah putuskan untuk tidak teruskan,” katanya.
Hakim bersetuju dengan hujahan peguam kanan persekutuan bahawa peruntukan itu adalah kuasa khas yang diberi kepada Peguam Negara untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera.
Beliau membuat keputusan itu pada 11 November tahun lepas, apabila menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk mencabar keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Khairuddin mencabar keputusan Mohamed Apandi yang menyatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah berhubung isu sumbangan derma RM2.6 bilion, pemindahan dana oleh SRC International ke akaun peribadi beliau dan peruntukan pinjaman oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) untuk SRC International.
Hanipah juga berkata isu konflik kepentingan seperti yang dihujahkan oleh Khairuddin tidak timbul apabila Mohamed Apandi memutuskan untuk tidak mendakwa Perdana Menteri berhubung IMDB dan isu-isu berkaitan.
Hakim juga tidak menerima hujah pemohon bahawa Peguam Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri oleh itu mempunyai konflik kepentingan untuk membuat keputusan sama ada untuk mendakwa Najib berhubung isu IMDB dan kes yang berkaitan.- Bernama
The post Mahkamah tidak boleh paksa Peguam Negara mulakan prosiding jenayah appeared first on Portal Islam dan Melayu.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2kwXEXO .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment