Astronomi Temui 7 Planet Menyerupai Bumi

PARIS – Pengkaji astronomi mengumumkan penemuan tujuh planet mengagumkan menyerupai bumi sekali gus menjanjikan potensi menemui kehidupan di luar Sistem Suria.

Menurut laporan jurnal Nature, secara kasar, tujuh planet itu sepadan dengan saiz dan jisim bumi serta muka bumi berbatu.
Tiga daripadanya berada pada kedudukan sempurna, sesuai untuk menghasilkan air yang penting kepada hidupan.
Kedudukannya yang dekat dengan bumi dan bintang kerdil merahnya digelar Trappist-1, akan membolehkan ahli astronomi memahami sifat atmosfera setiap planet, sekali gus mencari bukti kimia wujudnya sebarang aktiviti biologi.
Penulis bersama kajian dan saintis di Universiti Cambridge, Amaury Triaud, berkata pihaknya merintis langkah penting ke arah mencari kehidupan di luar sana.
“Sehingga kini, saya tidak fikir kita mempunyai planet yang tepat untuk mengetahuinya. Sekarang, kita mempunyai sasaran yang betul,” katanya kepada media.
Sistem Trappist-1, yang hanya sejauh 39 tahun cahaya, mempunyai bilangan planet bersaiz bumi terbesar yang mengorbit satu bintang tunggal. – Berita Harian Online

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2ls6oBZ .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment