AS lancar operasi pembersihan halau 11 juta pelarian

WASHINGTON, 26 Jamadilawal 1438H, Khamis – Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Donald Trump mengeluarkan arahan baharu mengusir pendatang asing tanpa izin yang keseluruhannya mencecah hampir 11 juta orang.

Arahan itu dikeluarkan menerusi dua pekeliling Setiausaha DHS, John Kelly dengan alasan mereka perlu menangani masalah yang telah menjejaskan sumber kerajaan.

Pengawal sempadan dan anggota imigresen kini sudah dikerahkan dengan kadar segera untuk mengusir pelarian dengan pengecualian terhad diberikan kepada kanak-kanak.

Ia juga menyasarkan pendatang tanpa izin yang mempunyai rekod jenayah, bagaimanapun sesiapa sahaja daripada golongan tersebut yang pernah didakwa atau berpotensi untuk dihadapkan ke mahkamah juga akan diusir.

“Pengecualian yang diberikan sangat terhad. DHS akan bertindak terhadap hampir semua Pati. Mereka yang melanggar undang-undang imigresen boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk diusir dari AS,” kata jabatan itu.

Selain itu, beliau turut meluluskan pengambilan 5,000 anggota baharu untuk agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan dan 10,000 kakitangan agensi Imigresen dan Penguatkuasaan Kastam.

Sebelum ini, DHS berhenti menguatkuasakan sekatan imigresen dan membekukan seketika operasi menangkap pendatang tanpa izin selepas seorang hakim mahkamah persekutuan menggantung arahan eksekutif Trump awal bulan ini.

Selain tindakan arahan tindakan segera terhadap pendatang asing yang masuk secara haram itu, Kelly juga mengarahkan supaya perancangan dibuat untuk membina tembok di sepanjang sempadan AS dengan Mexico.

Pada 20 Januari lalu, Donald Trump mengarahkan tindakan segera dilakukan untuk membina tembok di sepanjang AS-Mexico sejauh 3,145 kilometer, mengetatkan kawalan sempadan dan memperhebatkan operasi pembersihan selepas majlis angkat sumpah pelantikannya sebagai Presiden AS.- Agensi

The post AS lancar operasi pembersihan halau 11 juta pelarian appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2meArM3 .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment